Tuesday 22 December 2015

Tips Percutian ke Seoul, Korea Selatan

Assalamualaikum and Hi!

Finally we are going to Seoul! Hehe. Sebenarnya dari lepas kahwin nak pergi honeymoon sini tapi kesudahannya dah anak satu baru nak pergi. Better late than never kannn. Hehe. Trip ni memang plan sendiri from A to Z! Alhamdulillah berjaya jugak. Dalam post ni, saya akan cerita serba sedikit what I plan. 

1. Pilihan musim untuk melawat Seoul.


South Korea adalah negara 4 musim. So basically it is up to you nak pergi melawat musim apa. I went masa autumn because kat Malaysia tak ada autumn and it was beautifullll! Daun pokok bertukar warna perang. Suhu around 9-15 degress celcius. But there are also spring, winter and summer. Most people suggest pergi selain summer la sbb kat Malaysia pon da ala-ala summer kan. But it's up to you. Kalau mcm saya bawak anak, kena consider jugak. Tetibe pergi waktu winter sejuk sgt pulak. Hehe


2. Flight Tickets

So bila dah decide when to go, boleh la beli ticket flight kannn. Tricky part nye, when to buy? So rajin-rajin la melawat website airline untuk tgk promo. Ataupun boleh download application Skyscanner. Check masa bila murah tiket. Waktu saya beli takde promo pun sebab dah nak sangat pergi, but I was lucky. I manage to get for 2 adults + 1 infant for RM1990 lebih kurang la. Meals ambil for 2 untuk return and bag sorang je ambil 25kg. Alhamdulillah tak exceed pon. Hehe. Oh ya, saya amik Air Asia of course. Everyone can fly!

3. Clothing

Untuk clothing kena tgk suhu pulak mcmna. Kalau sejuk bawak baju sejuk. Boleh check suhu dekat Accuweather. So kita boleh agak what to wear. Bila baca blog-blog ramai suggest kalau beli baju sejuk beli kat bundle je sbb murah. And kat Korea ada jual jgk and lagi murah and cantik compare to Malaysia. So beli bundle je la. RM5 je weh! Ce tgk baju kat bwh tu (sebenarnya tak sejuk mana, baju terlebih sejuk). Bundle kat PD. Haha. Puas hati den! Tp sebab kena saving tak beli pon baju sejuk kat korea tu. Hehe. Kalau bawak anak kena la beli baju yang sesuai. Kita ni dah besar panjang takpela. 


4. Itinerari

Haaa. Yang ni penting. It's either you plan sendiri or pergi pakej tak kesah la mana mana pun. Kena plan la. Jangan dah sampai Korea baru nak cari tempat, pakej etc. Hehe. I plan sendiri. Blogwalking, tgk official website utk Visit Korea, tanya orang and mcm-mcm kaedah lain lg. Skrg kan senang, Google sajo semua keluar. Hehe. Dalam itinerari ni cover untuk jadual kita la semasa di sana. Nak melawat tempat mana, bila, berapa lama, cost dan mcm-mcm lagiii!


5. Hostel, Guesthouse

Lepas je beli tiket flight tu, trus tgk booking.com untuk pilih hostel. Mesti nak yang murah, dekat town, ada toilet (kebanyakan toilet adalah shared so kena pilih betul-betul), dekat subway, bersih, review yang bagus. Waktu kat website booking.com tu select tarikh and sort ikut harga. Pastu cari la mana yang berkenan di hati. Hehe. Yang penting location, price, amenities, wifi for me la. Kalau booking dgn booking.com ni boleh bayar waktu sampai kat hotel tu. Waktu saya pergi saya stay dekat Gom Hostel Dongdaemun. 5 days dapat la KRW 140,000 lebih kurang RM550. Bilik pon besar. Siap ada washing machine tp tak guna pun.

   

6. Money

Basically, diorang guna Korean Won. So KRW 1000 bersamaan dengan RM3.70 (kena update lagi waktu nak pergi sbb naik turun). KRW 1000 tu mcm singgit dorg la. Kena pandai cari timing bila nak tukar duit. Waktu saya tukar mahal gilaaa. Tapi pejam mata je la tukar. KRW 1000 = RM3.86. Sobsob. Balik tu ada lebih so nak tukar balik jatuh gile harga dalam RM3.60. Huhu. Tapi my budget pergi sana overall RM4000 all-in. Shopping souvenir sikit-sikit. Ni tak campur shopping baju, beg, kasut nak pergi sana tauuu. Hehe

Tu je kot tips and tricks. Kalau ada nanti update lagi. Hehe. Kalau pergi sendiri kena la rajin study sbb orang sana tak pandai sangat cakap english. Kalau pergi dengan pakej don't worry dorang akan handle semua. Tapi saya yang jarang berjalan ni rasa pergi Seoul ni senang la jgk. Sbb da study sikit-sikit and sistem transport dorg mmg mantap! Ada translate english so tak susah mana. Kalau rasa nak pergi sendiri je go ahead! Boleh jimat banyak. Hehe. Till then!

Wassalam.


No comments:

Post a Comment